Tuesday 10 September 2019

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

UPSR ( 4&5 , 10&11 SEPTEMBER 2019 )

Semoga semua murid tahun 6 dapat menjawab soalan dengan tenang, dikurniakan ilham, dan sihat tubuh badan ketika menghadapi UPSR tahun ini.

GOOD LUCK!

Image result for upsr 2019
Image result for upsr 2019

Tuesday 27 August 2019

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MURID-MURID TAHUN 5 DAN 6 2019

Assalamualaikum..

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR dan UPKK

Tarikh : 29 September 2019
Hari : Khamis
Masa : 6.30 ptg - 9.00 malam
Tempat : dewan SKSD

Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 5 dan 6 dijemput untuk bersama-sama memmeriahkan lagi majlis ini nanti.

MOTIVASI DIAMBANG IMTIHAN TAHUN 5 DAN 6 2019

TARIKH : 27 OGOS 2019
HARI : SELASA
MASA : 8.30 PAGI-10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKSD
PENCERAMAH : USTAZ ISMAIL BIN HUSSAIN ( Pakar Motivasi)

Semoga semua murid-murid tahun 5 dan 6 dapat menghadapi peperiksaan UPSR dan UPKK dengan tenang dan jayanya.








Thursday 30 March 2017

SEGAK 2017

Pada hari Rabu bersamaan 29 Mac 2017 telah berlangsung SEGAK untuk Tahun 4, 5 & 6 untuk sesi yang pertama.



Tuesday 26 February 2013

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH MSSM DAERAH JELEBU 2013

Pada 26 Februari 2013 (Selasa), telah berlansung Kejohanan Sepak Takraw MSSM Daerah Jelebu bawah 12 tahun yang dikelolakan oleh SKSD. Sebanyak 10 buah sekolah di sekitar daerah Jelebu telah menyertai kejohanan ini.  Kejohanan ini telah berlansung di Kompleks Sukan Komuniti, Simpang Pertang.

Majlis penutup kejohanan ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Bahrun b. Mat Amin, Guru Besar Cemerlang SK Simpang Durian.


Mesyuarat Jawatankuasa pengelola : Di meja guru lelaki.
Mesyuarat Jawatankuasa pengelola : Di meja guru wanita.
Pendaftaran peserta.
Gambar sekitar kejohanan

Gambar sekitar kejohanan

Gambar sekitar kejohanan

Antara aksi pasukan SKSD

Gambar sekitar kejohanan : Perlawanan di antara SKSD dan SK Durian Tipus

Gambar sekitar kejohanan : Pasukan SKSD (A) berjaya ke peringkat akhir.
Perlawanan di antara SK Durian Tipus dan SKSD

Majlis Penutup Kejohanan dirasmikan oleh Guru Besar Cemerlang SK Simpang Durian.

Penyampaian hadiah kepada SK DURIAN TIPUS yang mendapat tempat ketiga.

Penyampaian hadiah kepada SK SIMPANG DURIAN yang berjaya mendapat naib Johan.

Penyampaian hadiah kepada SK UNDANG JELEBU yang menjadi Johan kejohanan kali ini.

Johan

Naib Johan
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah mereka. 

Pihak pengelola iaitu SK Simpang Durian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pasukan dan pengurus/ jurulatih sekolah- sekolah yang telah mengambil bahagian dan kejohanan kali ini. 

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam kejohanan kali ini.


Monday 10 September 2012

SELAMAT BERJAYA

Warga SKSD khususnya para guru ingin mencucapkan Selamat Berjaya kepada semua murid yang bakal mengambil UPSR pada 11 hingga 13 September 2012. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Sumber: google.com

Sumber: google.com


Friday 7 September 2012

PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 26 hingga 31 Ogos 2012 yang lepas, telah diadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55. Program ini dianjurkan oleh Unit Ko- Kurikulum dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SKSD.

Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua warga sekolah terutamanya murid- murid supaya menghargai keamanan dan kedamaian yang dikecapi sekarang.


Persiapan sebelum majlis

Pertandingan Sajak Kemerdekaan : Juara tahap 2, Adik Kholifah Febriyanti dari kelas 5 Jauhari

Pertandingan Sajak Kemerdekaan : Juara tahap 1, Adik Mohd Akalil dari kelas 1 Jauhari

Pertandingan Lagu Patriotik: Juara dimenangi oleh Kelas 1 Jauhari

Pertandingan Lagu Patriotik: Naib Juara dimenangi oleh Kelas 5 Jauhari

Pertandingan Lagu Patriotik: Juri juri pertandingan iaitu Pn. Farahdila, Pn. Asura dan En. Shahril.

Pertandingan Sajak Kemerdekaan: Juri- juri pertandingan iaitu Tn Hj Amiruddin, Pn. Mazila dan Pn. Azalina.

Lakonan semula Perarakan menjelang kemerdekaan

Upacara perasmian oleh Guru Besar Cemerlang SKSD

Pertandingan Pakaian Kreatif bertemakan Kemerdekaan

Pertandingan Pakaian Kreatif bertemakan Kemerdekaan


Pertandingan Pakaian Kreatif bertemakan Kemerdekaan: Antara peserta guru yang mengambil bahagian.

Pertandingan Kecerian kelas bertemakan Kemerdekaan : Juara disandang oleh kelas  2 Bestari
Pihak menganjur mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SKSD kerana telah terlibat dalam pelbagai program yang telah dijalankan.